Nak Pergi Korea? Ini Tips Melancong ke Korea Selatan!

Korea Selatan bukan sahaja terkenal dengan K-Drama, K-Pop, dan teknologi moden, malah ia juga kaya dengan budaya, sejarah, makanan unik dan pemandangan yang menakjubkan. Dengan perancangan yang betul, sesiapa sahaja boleh menikmati percutian ke Korea tanpa perlu berbelanja besar. Berikut adalah tips penting untuk membantu anda merancang dan menikmati percutian ke Korea dengan lebih mudah, jimat, dan menyeronokkan!

Persiapan Perkara Asas Dan Wajib Sebelum Berangkat

  • Power adapter jenis F (plug bulat 2 pin) kerana Korea tidak guna jenis sama seperti Malaysia.
  • Travel insurance sangat penting, terutama jika anda mahu cuba aktiviti ski atau outdoor.
  • eSIM atau pocket WiFi lebih murah jika dibeli awal secara online berbanding di airport.

Lokasi Penginapan Yang Terbaik Bergantung Pada Gaya Percutian Anda

  • Myeongdong → sesuai untuk kaki shopping & street food.
  • Hongdae → kawasan anak muda, penuh café & hiburan.
  • Gangnam → moden, mewah & high-class vibes.
  • Jeju → lebih mudah sewa kereta + pilih guesthouse tepi laut untuk nikmati alam semula jadi .

Sistem pengangkutan awam di Korea sangat efisien.

Beberapa perkara penting:

  • Subway ada banyak laluan, jadi sebaiknya download peta subway siap-siap.
  • Jangan duduk di priority seat kerana ia khas untuk warga emas & orang kurang upaya.
  • Jika naik teksi, minta resit supaya senang kalau tertinggal barang.

Foodie Tips, Makanan Korea Memang Menggoda, Tapi Kena Pandai Pilih!

  • Street food terkenal termasuk tteokbokki, hotteok & odeng (fish cake).
  • Jika ragu status halal, minta menu berasaskan seafood (hae-mul).
  • Convenience store tertentu ada cup noodles Muslim friendly.

Fahami Budaya Dan Adab Di Tempat Awam

  • Jangan bising dalam subway, cakap dalam nada perlahan.
  • Gunakan dua tangan bila beri atau terima sesuatu, tanda hormat.
  • Elakkan tikam sumpit tegak dalam nasi kerana dianggap tidak sopan.

Pengalaman Shopping Yang Lebih Berbaloi

  • Simpan resit pembelian lebih 30000₩ untuk tax refund.
  • Sesetengah kedai kecil hanya terima tunai, jadi standby cash.
  • Tukar duit di Myeondong money changer kerana biasanya lebih murah dari airport.

Beberapa Aktiviti Wajib Cuba Untuk Lengkapkan Trip Anda

  • Terokai istana Gyeongbokgung dan pengalaman memakai hanbok dan sewa ia adalah percuma.
  • Hiking di Seongsan Ilchulbong (Sunrise Peak) jika ke jeju.
  • Jalan-jalan di Menara N Seoul untuk pemandangan panoramik dan pertunjukan lampu LED pada waktu malam dan kawasan “Locks Of Love” untuk para pasangan sebagai simbol cinta abadi.

Safety & Kesihatan

  • Korea selamat untuk solo traveler, tapi tetap berjaga-jaga di kawasan yang sesak demi mengelakkan pick pocket.
  • Suhu musim sejuk boleh cecah bawah -10°C , jadi pakai inner heattech, sweater & coat.
  • Pada hari fine dust, pakai mask & semak app cuaca sebelum merancang perjalanan

Tips Perjalanan dari Lapangan Terbang Berbeza di Korea

Terdapat dua lapangan terbang utama di Seoul: Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon (ICN) dan Lapangan Terbang Gimpo (GMP). Memahami perbezaan antara keduanya adalah kunci untuk perancangan perjalanan yang lancar.


1. Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon (ICN)

ICN adalah lapangan terbang antarabangsa terbesar di Korea Selatan dan pintu masuk utama untuk kebanyakan pelancong.

  • Penerbangan: ICN mengendalikan hampir semua penerbangan antarabangsa, termasuk dari Malaysia.
  • Perjalanan ke Seoul:
    • AREX Express Train: Ini adalah pilihan terpantas. Kereta api ini membawa anda terus ke Stesen Seoul (Seoul Station) tanpa henti. Perjalanan mengambil masa kira-kira 43 minit.
    • Bas Limosin Lapangan Terbang: Terdapat banyak laluan bas yang menghubungkan ICN ke pelbagai kawasan di Seoul, seperti Myeongdong atau Gangnam. Pilihan ini selesa dan sesuai jika anda mempunyai banyak bagasi.
    • Teksi: Pilihan yang paling mahal, tetapi paling mudah jika anda mahu terus ke destinasi tanpa persinggahan.

2. Lapangan Terbang Gimpo (GMP)

GMP adalah lapangan terbang yang lebih kecil, tetapi strategik untuk perjalanan domestik.

  • Penerbangan: GMP mengendalikan penerbangan domestik ke destinasi seperti Busan, Jeju Island, dan Gwangju. Ia juga mengendalikan beberapa penerbangan antarabangsa jarak dekat dari Jepun, China, dan Taiwan.
  • Perjalanan ke Seoul: GMP lebih dekat ke pusat bandar Seoul berbanding ICN. Anda boleh menggunakan laluan metro (line 5 atau 9) untuk terus ke bandar.

Pergerakan ke Kawasan Lain (Tempat)

Jika destinasi anda bukan Seoul, anda mempunyai beberapa pilihan utama.

  • Ke Busan atau Gyeongju:
    • Kereta Api KTX: Dari Stesen Seoul (yang boleh diakses melalui AREX dari ICN), anda boleh mengambil kereta api berkelajuan tinggi KTX terus ke Busan. Ini adalah pilihan yang pantas dan efisien.
    • Penerbangan Domestik: Anda juga boleh mengambil penerbangan domestik dari Lapangan Terbang Gimpo (GMP) ke Lapangan Terbang Gimhae (Busan).
  • Ke Jeju Island:
    • Penerbangan Domestik: Hampir semua penerbangan ke Jeju adalah penerbangan domestik dari Gimpo (GMP).
  • Ke Kawasan Luar Bandar:
    • Bas Ekspres: Perkhidmatan bas ekspres di Korea sangat cekap dan menghubungkan hampir setiap bandar di negara ini. Dari Terminal Bas Ekspres di Seoul, anda boleh menaiki bas ke mana-mana sahaja.
Copyright © 2025 Asuma Travel SDN. BHD. (1310173-P)
Licenced by MOTAC L/N/11970