Tempat Menarik Untuk Solo Traveler & Keluarga Di Korea!
Korea Selatan menawarkan pelbagai destinasi menarik yang sesuai untuk solo traveler dan juga percutian bersama keluarga. Dari taman tema terbesar, lokasi bersejarah, hingga pengalaman ski di musim sejuk, setiap tempat menjanjikan kenangan berbeza. Sama ada anda mahu merasai suasana romantik di Nami Island, berseronok di Everland, atau menikmati keindahan seni di Insadong, Korea sememangnya destinasi ideal untuk semua jenis pelancong.
Nami Islands
- Tempat wajib bila datang ke Korea dan tempat penggambaran Winter Sonata & Crash Landing On You
Everland Theme Park
- Taman tema terbesar di Korea Selatan untuk luang masa bersama keluarga seharian
Vivaldi Ski Park
- ‘Hidden Gem’ main ski dan salji di Snowyland yang orang lokal pergi bersama keluarga mereka
Gyeongbok Palace
- Istana lama dinasti Kerajaan Korea yang kini menjadi tarikan pelancong di Seoul.
N Seoul Tower
- Tak sah kalau tak melengkapkan penjelajahan anda di negara Korea tanpa melawat N Seoul Tower atau Namsan Seoul Tower, salah satu bangunan ikonik di Seoul.Ramai juga yang mengatakan pemandangan dari tandas menara ini pun dah cukup hebat, tak perlu menuju ke dek pemerhatian.
Insadong
- Sebuah kawasan yang pada asalnya adalah tempat pelukis-pelukis di Korea mempelajari seni lukisan pada zaman Dinasti Joseon (1392-1910), kini Insadong masih lagi mengekalkan semangat keseniannya dengan kewujudan pelbagai jenis galeri seni, pakaian, lukisan, kraftangan dan lain-lain lagi.